Wednesday, August 10, 2016

Sanggar Maya Homestay : Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Ledang


KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (KKTM)  LEDANG


Sanggar Maya Homestay terletak hanya kira-kira 5km dari Kolej kemahiran Tinggi Mara Ledang. Ia merupakan lokasi penginapan terbaik jika anda datang dari jauh bersama bilangan keluarga yang besar dan memerlukan ruang kediaman yang luas, selesa dan tenang semasa berurusan di KKTM Ledang, 

Info KKTM Ledang

KKTM Ledang terletak di dalam daerah Ledang. Daerah Ledang merupakan sebuah daerah daripada 10 daerah di negeri Johor secara rasminya telah menjadi daerah baru pada 09hb Jun 2008 bersamaan 05 JamadilAkhir 1429H dirasmikan oleh Sultan Johor secara gilang-gemilang dan mempunyai keluasan 239,751 ekar atau 97,024 hektar. Pada awal 2005, Pihak MARA telah merancang satu projek pembinaan kampus baru iaitu Kolej Kemahiran Tinggi MARA Ledang, Johor diatas tanah lot 1244-1253, 2955,1413-1416,1233-1236 dan 1220 Mukim Serom 4 dan 5, daerah Muar Johor yang berkeluasan 72 ekar. KKTM Ledang mula di bina pada 7 September 2005 dan diserahkan kepada MARA sepenuhnya pada 3 Mei 2010. KKTM Ledang mula beroperasi pada 14 Jun 2010 (1 Rejab 1431 Hijrah) dengan 18 orang staf melaporkan diri pada hari pertama tersebut. Pengambilan pelajar yang julung kali adalah pada tanggal 12 Julai 2010 bersamaan 29 Rejab 1431 Hijrah. Seramai 75 orang pelajar mendaftar pada hari pertama di Dewan Besar KKTM Ledang, Johor

http://www.1mtc.gov.my/WebIlaList/IlaDetails/1MTC-Portal/288_362_810/

KKTM Ledang adalah projek di bawah RMK 8, sejajar dengan perkembangan teknologi terkini dan keperluan dalam pasaran buruh,MARA telah melihat potensi di bidang dan teknologi baru ini bagi mendokong dasar kerajaan sekali gus membangunkan golongan bumiputera.

Justeru itu, bidang Kejuruteraan Instrumentasi Bioperubatan (Biomedical Instrumentation Engineering) dikenalpasti merupakan cabaran dan potensi baru yang perlu diceburi oleh MARA dengan mewujudkan kursus-kursus dalam bidang ini bagi membantu industri dan kerajaan meramaikan lagi kepakaran dalaman. Tambahan lagi dengan usaha yang dibuat oleh MARA dapat meramaikan tenaga mahir bumiputera dalam bidang Instrumentasi Bioperubatan dan seterusnya menguasai bidang ini.

KURSUS DITAWARKAN:

Diploma in Biomedical Instrumentation Engineering (Therapeutic Technology)
Diploma in Biomedical Instrumentation Engineering (Diagnostic Technology)
Diploma in Biomedical Instrumentation Engineering (Radiology & Imaging Technology)
Diploma in Biomedical Instrumentation Engineering (Laboratory Technology)
Diploma in Biomedical Information & Computational Technology (ICT)


SYARAT KEMASUKAN:

LULUS SPM/SPMV dengan sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam subjek berikut :
a. Bahasa Melayu
b. Matematik ATAU Matematik Tambahan
c. Mana-mana satu (1) subjek dalam kumpulanSains/Teknologi/Vokasional
serta LULUS Subjek Bahasa Inggeris


PROSPEK KERJAYA:

a. Biomedical engineering technologist
b. Biomedical system technologist
c. Biomedical service engineer/tech.
d. Safety/Calibration technologist
e. Technopreneur in Biomedical Devices

No comments:

Post a Comment