Tuesday, June 21, 2016

Cara ke Sanggar Maya Homestay?

Bagaimana hendak ke Sanggar Maya Homestay? Ada beberapa jalan/laluan pilihan untuk ke sini samada dari Tangkak, Bukit Gambir atau Muar.

Jika anda melalui PLUS Highway, jalan terdekat ke Sanggar Maya Homestay adalah melalui exit tol Bukit Gambir iaitu exit tol antara tol Tangkak dan tol Pagoh.


Dari Pekan Bukit Gambir :

Jika dari pekan Bukit Gambir, ikut jalan menghala ke Sungai Mati/Muar

Anda akan melintasi exit tol Bukit Gambir

Melalui Kg Parit Zing

Akan nampak papan tanda Serom 8

Ikut papan tanda arah ke Tangkak. Belok kanan masuk Kg Serom 8

Persimpangan masuk ke Kg Serom 8. Belok ke kanan

Lebih kurang 3km dari simpang tersebut, anda akan sampai di Sanggar Maya Homestay. Ada pondok menunggu bas di hadapan homestay


Dari Pekan Serom/Sungai Mati/Muar :


Anda akan jumpa papan tanda ini jika datang dari arah  Serom @ Sungai Mati @ Muar. 
Ikut papan tanda arah ke Tangkak. 

Simpang Kg Serom 8 dari arah Serom @ Sungai Mati @ Muar. 
Masuk kiri ikut papan tanda arah SK Serom 8


Dari Tol Tangkak:

Homestay Sanggar Maya di Kg Serom 8 terletak lebih kurang 16 km dari Plaza Tol Tangkak.

Plaza Tol Tangkak

Selepas plaza tol, belok ke kanan (ke Bandar Tangkak)

Bandar Tangkak


Belok ke kanan di traffic light ini

Anda akan melalui gerbang Kg Solok ini

Melalui Kg Bukit Banjar

Melalui Kampung Sri Jaya

Kampung Serom 8, sejurus sebelum  flyover


Flyover Highway PLUS yang merentasi Kg Serom 8

View selepas flyover

Sanggar Maya Homestay akan kelihatan sejurus melepasi flyover tersebut (di sebelah kanan)


Anda boleh menghubungi/whatsapp saya jika menghadapi kesukaran untuk sampai ke sini

-Rashdan (0137473095)








No comments:

Post a Comment