Monday, December 26, 2016

Bercuti di kampung @ Sanggar Maya Homestay

Aktiviti terakhir di Homestay Sanggar Maya bagi tahun 2016. Emak abah dan adik beradik semua pulang ke kampung untuk menghadiri majlis perkahwinan anak saudara di Kampung Serom 8. Di sebelah malamnya kami buat bbq dan majlis harijadi mak.

Selamat tahun baru 2017..:)















Wednesday, August 10, 2016

Sanggar Maya Homestay : Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Ledang


KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (KKTM)  LEDANG


Sanggar Maya Homestay terletak hanya kira-kira 5km dari Kolej kemahiran Tinggi Mara Ledang. Ia merupakan lokasi penginapan terbaik jika anda datang dari jauh bersama bilangan keluarga yang besar dan memerlukan ruang kediaman yang luas, selesa dan tenang semasa berurusan di KKTM Ledang, 

Info KKTM Ledang

KKTM Ledang terletak di dalam daerah Ledang. Daerah Ledang merupakan sebuah daerah daripada 10 daerah di negeri Johor secara rasminya telah menjadi daerah baru pada 09hb Jun 2008 bersamaan 05 JamadilAkhir 1429H dirasmikan oleh Sultan Johor secara gilang-gemilang dan mempunyai keluasan 239,751 ekar atau 97,024 hektar. Pada awal 2005, Pihak MARA telah merancang satu projek pembinaan kampus baru iaitu Kolej Kemahiran Tinggi MARA Ledang, Johor diatas tanah lot 1244-1253, 2955,1413-1416,1233-1236 dan 1220 Mukim Serom 4 dan 5, daerah Muar Johor yang berkeluasan 72 ekar. KKTM Ledang mula di bina pada 7 September 2005 dan diserahkan kepada MARA sepenuhnya pada 3 Mei 2010. KKTM Ledang mula beroperasi pada 14 Jun 2010 (1 Rejab 1431 Hijrah) dengan 18 orang staf melaporkan diri pada hari pertama tersebut. Pengambilan pelajar yang julung kali adalah pada tanggal 12 Julai 2010 bersamaan 29 Rejab 1431 Hijrah. Seramai 75 orang pelajar mendaftar pada hari pertama di Dewan Besar KKTM Ledang, Johor

http://www.1mtc.gov.my/WebIlaList/IlaDetails/1MTC-Portal/288_362_810/

KKTM Ledang adalah projek di bawah RMK 8, sejajar dengan perkembangan teknologi terkini dan keperluan dalam pasaran buruh,MARA telah melihat potensi di bidang dan teknologi baru ini bagi mendokong dasar kerajaan sekali gus membangunkan golongan bumiputera.

Justeru itu, bidang Kejuruteraan Instrumentasi Bioperubatan (Biomedical Instrumentation Engineering) dikenalpasti merupakan cabaran dan potensi baru yang perlu diceburi oleh MARA dengan mewujudkan kursus-kursus dalam bidang ini bagi membantu industri dan kerajaan meramaikan lagi kepakaran dalaman. Tambahan lagi dengan usaha yang dibuat oleh MARA dapat meramaikan tenaga mahir bumiputera dalam bidang Instrumentasi Bioperubatan dan seterusnya menguasai bidang ini.

KURSUS DITAWARKAN:

Diploma in Biomedical Instrumentation Engineering (Therapeutic Technology)
Diploma in Biomedical Instrumentation Engineering (Diagnostic Technology)
Diploma in Biomedical Instrumentation Engineering (Radiology & Imaging Technology)
Diploma in Biomedical Instrumentation Engineering (Laboratory Technology)
Diploma in Biomedical Information & Computational Technology (ICT)


SYARAT KEMASUKAN:

LULUS SPM/SPMV dengan sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam subjek berikut :
a. Bahasa Melayu
b. Matematik ATAU Matematik Tambahan
c. Mana-mana satu (1) subjek dalam kumpulanSains/Teknologi/Vokasional
serta LULUS Subjek Bahasa Inggeris


PROSPEK KERJAYA:

a. Biomedical engineering technologist
b. Biomedical system technologist
c. Biomedical service engineer/tech.
d. Safety/Calibration technologist
e. Technopreneur in Biomedical Devices

Tuesday, June 21, 2016

Cara ke Sanggar Maya Homestay?

Bagaimana hendak ke Sanggar Maya Homestay? Ada beberapa jalan/laluan pilihan untuk ke sini samada dari Tangkak, Bukit Gambir atau Muar.

Jika anda melalui PLUS Highway, jalan terdekat ke Sanggar Maya Homestay adalah melalui exit tol Bukit Gambir iaitu exit tol antara tol Tangkak dan tol Pagoh.


Dari Pekan Bukit Gambir :

Jika dari pekan Bukit Gambir, ikut jalan menghala ke Sungai Mati/Muar

Anda akan melintasi exit tol Bukit Gambir

Melalui Kg Parit Zing

Akan nampak papan tanda Serom 8

Ikut papan tanda arah ke Tangkak. Belok kanan masuk Kg Serom 8

Persimpangan masuk ke Kg Serom 8. Belok ke kanan

Lebih kurang 3km dari simpang tersebut, anda akan sampai di Sanggar Maya Homestay. Ada pondok menunggu bas di hadapan homestay


Dari Pekan Serom/Sungai Mati/Muar :


Anda akan jumpa papan tanda ini jika datang dari arah  Serom @ Sungai Mati @ Muar. 
Ikut papan tanda arah ke Tangkak. 

Simpang Kg Serom 8 dari arah Serom @ Sungai Mati @ Muar. 
Masuk kiri ikut papan tanda arah SK Serom 8


Dari Tol Tangkak:

Homestay Sanggar Maya di Kg Serom 8 terletak lebih kurang 16 km dari Plaza Tol Tangkak.

Plaza Tol Tangkak

Selepas plaza tol, belok ke kanan (ke Bandar Tangkak)

Bandar Tangkak


Belok ke kanan di traffic light ini

Anda akan melalui gerbang Kg Solok ini

Melalui Kg Bukit Banjar

Melalui Kampung Sri Jaya

Kampung Serom 8, sejurus sebelum  flyover


Flyover Highway PLUS yang merentasi Kg Serom 8

View selepas flyover

Sanggar Maya Homestay akan kelihatan sejurus melepasi flyover tersebut (di sebelah kanan)


Anda boleh menghubungi/whatsapp saya jika menghadapi kesukaran untuk sampai ke sini

-Rashdan (0137473095)








Monday, June 20, 2016

Kemudahan di Sanggar Maya Homestay

Antara kemudahan yang ada di homestay ini (pada masa ini) adalah seperti berikut:-
1) Halaman yang luas
2) Porch kereta berbumbung
3) 4 bilik tidur
4) 1 bilik mandi
5) Dapur untuk memasak (Gas disediakan)
6) Pinggan mangkuk/sudu
7) 2 unit aircond ( di ruang tamu dan bilik master)
8) Meja makan (2 unit)
9) Sofa
10) Seterika
11) Peti ais


Hall utama yang agak luas dengan meja makan untuk 8 orang

Hall utama dari sudut lain

Ruang dapur untuk memasak. Kemudahan pinggan mangkuk, sudu, cawan disediakan

Peti ais di dapur dan 1 set meja makan untuk 5 orang


Master bedroom yang luas

Ada kemudahan air cond di bilik ini

Juga ada televisyen yang comel

Bilik tidur kedua

Meja tulis dan kerusi disediakan

Bilik tidur ketiga

Lampu tidur ada di setiap bilik

Bilik air


Ruang tamu di hadapan bilik tidur

Televisyen menyediakan siaran astro NJOI

Kemudahan pinggan mangkuk, sudu, cawan dan cerek air

Seterika juga disediakan


Insha allah kemudahan ini akan ditambahbaik dari semasa ke semasa.


Rashdan
0137473095