KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (KKTM) LEDANG
Sanggar Maya Homestay terletak hanya kira-kira 5km dari Kolej kemahiran Tinggi Mara Ledang. Ia merupakan lokasi penginapan terbaik jika anda datang dari jauh bersama bilangan keluarga yang besar dan memerlukan ruang kediaman yang luas, selesa dan tenang semasa berurusan di KKTM Ledang,
Info KKTM Ledang
http://www.1mtc.gov.my/WebIlaList/IlaDetails/1MTC-Portal/288_362_810/
KKTM Ledang adalah projek di bawah RMK 8, sejajar dengan perkembangan teknologi terkini dan keperluan dalam pasaran buruh,MARA telah melihat potensi di bidang dan teknologi baru ini bagi mendokong dasar kerajaan sekali gus membangunkan golongan bumiputera.
Justeru itu, bidang Kejuruteraan Instrumentasi Bioperubatan (Biomedical Instrumentation Engineering) dikenalpasti merupakan cabaran dan potensi baru yang perlu diceburi oleh MARA dengan mewujudkan kursus-kursus dalam bidang ini bagi membantu industri dan kerajaan meramaikan lagi kepakaran dalaman. Tambahan lagi dengan usaha yang dibuat oleh MARA dapat meramaikan tenaga mahir bumiputera dalam bidang Instrumentasi Bioperubatan dan seterusnya menguasai bidang ini.
KURSUS DITAWARKAN:
Diploma in Biomedical Instrumentation Engineering (Therapeutic Technology)
Diploma in Biomedical Instrumentation Engineering (Diagnostic Technology)
Diploma in Biomedical Instrumentation Engineering (Radiology & Imaging Technology)
Diploma in Biomedical Instrumentation Engineering (Laboratory Technology)
Diploma in Biomedical Information & Computational Technology (ICT)
SYARAT KEMASUKAN:
LULUS SPM/SPMV dengan sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam subjek berikut :
a. Bahasa Melayu
b. Matematik ATAU Matematik Tambahan
c. Mana-mana satu (1) subjek dalam kumpulanSains/Teknologi/Vokasional
serta LULUS Subjek Bahasa Inggeris
PROSPEK KERJAYA:
a. Biomedical engineering technologist
b. Biomedical system technologist
c. Biomedical service engineer/tech.
d. Safety/Calibration technologist
e. Technopreneur in Biomedical Devices